Sebut jer perkataan "Holiday" semua orang akan happy,termasuklah aku..Kekadang fefeling excited gitu okeyh..hehehe :-). Entry aku kali ni berkaitan dengan percutian yang pernah aku pergi tak kiralah samaada aku satu keluarga sahaja mahupun melibatkan saudara2 yang lain.Kalau nak ikutkan macam nak letak jer semua gambar2 yang pernah aku snap masa g holiday.Tapi mana boleh kan rasa macam tak der privacy pulak nanti.
yang ni rombongan nak gi Kuching Sarawak.Turut serta dalam percutian kali ni adalah adik aku izzahmanap dan seperti biasa ibu mertua berserta adik ipar kesayangan ku Helmi dan jugak sepupu yang merangkap sahabat setia En Hubby iaitu Azman Kamis sekeluarga owh ada jugak kawan baik ibu mertua ku.Waaahh dalam byk2 trip holiday rasanya yang ni paling meriah kot.
Dalam Flight,Hubby fefeling excited sebab First time naik flight.Syasya pulak memang
tak heran sgt dah byk kali naik kan.
Plan nak gi Sabah pulak la tahun depan,boleh kan En Hubby..
Di Sarawak memang sikit pun tak risau soal nak jalan2 mahupun makan2 sebab kat sana dah ada cousin hubby dgn cousin aku dah tunggu.So kiranya trip ni memang betul2 puas hatila.Bak kata orang ada duit cakap jer mana nak pegi,apa mau makan.
Inilah semua ahli rombongan kami masa di Sarawak haritu.The handsome boy kat depan tulah sepupu yang dok kat Sarawak tu,dialah yang merangkap our tour guide selama kami kat sana,and cute little girl yang bertudung oren tulah sepupu yg jugak jadik peneman cik IzzahManap shopping..Owh tak lupa jugak jadik tukang dukong Baby Fiyya bilamana meragam tak mau dok dalam stroller.....
Yang ni masa ktorg g Ladang Anggur kat Tasik Beris Sik, tempat ni x der lah jauh sangat dengan rumah mak mertua aku,kira-kira dalam 1/2 jam perjalanan.Pada aku tempat ni okeyhlah jugak cuma macam agak adventure skitla bagi sesiapa yang tak pernah kesana.Sebenarnya memang tak plan langsung nak kesini,selalu dengar orang dok bercerita pasal tempat ni,dan jugak sahabat lama zaman sekolah iaitu seorang blogger separuh masa seperti aku (geminigurl82.blogspot.com) ada bagi cadangan memandangkan dia jugak pernah kesini so aku sedaya upaya pujuk En hubby dan jugak ayah mertua untuk bawak kami kesana.Eeerrmmm finally berjaya jugak pujuk ayah mertua bergambar bersama..Tengok tu jauh jer berdirinya..... ok ni kat bawah ni pulak gambar kitaorang g holiday kt Cameron Highland masa cuti raya hari.Sebenarnya memang dah plan nak ke sini,En Hubby dah cakap kalau sepanjang kat kampung masa raya tu Baby Fiyya tak buat hal means kalau tak berjaga malam memang nak g sana.Alhamdulillah anak2 langsung tak buat perangai.Balik tu pulak sempat lagi singgah Lata Iskandar bagi anak2 mandi segarkan sikit badan nak pulak Syasya dah muntah lembik,well macam sume sedia maklumlah kan jalan kt Cameron tu macam mana.
Baby Fiyya dan akak Syasya seronok dapat mandi air terjun,"1st time in Their Life"
Mengimbas kembali pulak percutian pada tahun-tahun sebeleum ni.Pada tahun 2011 aku dan family macam biasa bersama keluarga mertua lagi bercuti ke Pulau Langkawi.Semasa percutian ni Baby Fiyya masih lagidalam kandungan kiranya masa tu kalau tak silap dalam 4 bulan lebihla.Yok usha a few gambar kitaorang kata sana.
Yang ni pulak masa tahun 2010 kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah.2kali sebenarnya kami ke Melaka. Trip yang pertama memang niat nak g berjalan-jalan kat Melaka.Yang kat bawah ni our 2nd trip to Melaka,trip ni memang tak dirancang memang nak hantar sepupu yang belajar kat sana.
Waaaaahhhhhhhh rasa macam tiap-tiap tahun memang aku sekeluaga g holiday la.Berjalan sungguh kami ni.Peerrkhhh bercuti lagi,yang bawah ni gamabr g holiday kat Bukit Tinggi, Pahang.Macam ada perjanjian pulak nak g holiday tiap2 tahun.
|
Colmar Tropical Bukit Tinggi Pahang Darul Makmur |