Selasa, 3 Disember 2013

7 TaHuN BeRsAmA.....


 Syukur kehadrat Ilahi kerana hari ni selasa bersamaan 3/12/2013 genaplah usia perkahwinan aku dan En Hubby 7 tahun.Terasa macam baru semalam diri ini disunting untuk menjadi suri buat dirinya,saat ini fikiran masih was-was memikirkan adakah tulang rusuk kirinya yg dipinjamkan buat diriku.Antara sedar mahupun tidak ahkirnya ikatan yang suci ini telah menjangkau usia 7 tahun.Terasa masih hijau lagi,alhamdulillah ikatan ini diserikan dengan kehadiran  2 orang puteri yang sememangnya menceriakan kami sekeluarga.

                                           Saat diri ini sah bergelar milikmu....

Sepotong kek bersama 7batang lilin,mewakili 7 tahun usia perkahwinan kami
Baby Fiyya look's so excited.....
                                     Meniup lilin sambil berdoa....

Aroma Ikan Bakar,Pantai Jeram
Restoran Sukhumvit
Ulangtahun kali ini amat bermakna kerana buat pertama kalinya Nur Syafiyya Farhana bersama-sama kami meraikannya,see how excited she are. Hari tu dah celebrate agak awal untuk ulangtahun kali ni,2 kali jugakla open table tapi hanya untuk adik2 jer sebab tahun ni aku sangat sibuk.Kepada semua yang mendoakan kami terima kasih yang tidak terhingga.Kepada En Hubby terima kasih jugak kerana menjadi pelindung buat diri ku dan jugak anak-anak,semoga ikatan yang kita jalinkan ini berkekalan ke Syurga Insha-Allah.Bimbinglah kami ke jalan yang diredhai-Nya.


Kenangan Menyambut Ulangtahun ke 5 tahun 2011 yang lalu

Cinta Ku hanya untuk Mu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan