Rabu, 11 Disember 2013

111213

 What a nice date?Kalau hari ni,Rozita Che Wan aka Che Ta telah menamatkan zaman jandanya aku dan En Hubby pulak dengan rasminya hari ini telah bergelar Pengarah Urusan kepada SNSS Provider Enterprise.Syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memudahkan urusan aku dan jugak En Hubby kerana ahkirnya dapat jugak menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama SNSS Provider Enterprise.Pada mulanya kami agak ragu-ragu jugak untuk menubuhkan syarikat ni.Namun setelah berfikir panjang termasuklah  pro &contra ahkirnya terlaksana jugak impian yang sememangnya telah kami impikan dari dulu lagi.
Macam Comel Jer...

 Pada yang bertanya ofis kami ni buat bisness apa?Eeermm how to explain ek?Macam nilah buat sementara waktu korang bolehlah usha-usha sijil yang dikeluarkan oleh SSM ni.Kot2 ada yang nak tau dengan lebih lanjut tu,macam biasa boleh PM kat aku thru facebook ataupun jugak sms tak pun leavekan komen disini.Apapun korang jangan risau aku buat bisnes baik-baik jer sebab kami kan orang baik baik....Ceeewahhh  
                                
SNSS PROVIDER ENTERPRISE

 Owh ada yang bertanya,bila dah bukak ofis sendiri ni maknanya aku dengan En Hubby dah berhenti bekerja dengan ofis yang sekarang ke?Eeerrmmm the answers is NO!NO!NO!.Buat masa sekarang kami masih lagi bekerja makan gaji seperti biasa.Kiranya our own business tu untuk masa depan lah.Sampai bila nak kerja makan gaji kan.Anyway I had to stop here.See you all in the next- next entry's. Doakan Kejayaan Kami. Terima Kasih....
Masih setia bersama MACREAL INTERNATIONAL SDN BHD


Selasa, 3 Disember 2013

7 TaHuN BeRsAmA.....


 Syukur kehadrat Ilahi kerana hari ni selasa bersamaan 3/12/2013 genaplah usia perkahwinan aku dan En Hubby 7 tahun.Terasa macam baru semalam diri ini disunting untuk menjadi suri buat dirinya,saat ini fikiran masih was-was memikirkan adakah tulang rusuk kirinya yg dipinjamkan buat diriku.Antara sedar mahupun tidak ahkirnya ikatan yang suci ini telah menjangkau usia 7 tahun.Terasa masih hijau lagi,alhamdulillah ikatan ini diserikan dengan kehadiran  2 orang puteri yang sememangnya menceriakan kami sekeluarga.

                                           Saat diri ini sah bergelar milikmu....

Sepotong kek bersama 7batang lilin,mewakili 7 tahun usia perkahwinan kami
Baby Fiyya look's so excited.....
                                     Meniup lilin sambil berdoa....

Aroma Ikan Bakar,Pantai Jeram
Restoran Sukhumvit
Ulangtahun kali ini amat bermakna kerana buat pertama kalinya Nur Syafiyya Farhana bersama-sama kami meraikannya,see how excited she are. Hari tu dah celebrate agak awal untuk ulangtahun kali ni,2 kali jugakla open table tapi hanya untuk adik2 jer sebab tahun ni aku sangat sibuk.Kepada semua yang mendoakan kami terima kasih yang tidak terhingga.Kepada En Hubby terima kasih jugak kerana menjadi pelindung buat diri ku dan jugak anak-anak,semoga ikatan yang kita jalinkan ini berkekalan ke Syurga Insha-Allah.Bimbinglah kami ke jalan yang diredhai-Nya.


Kenangan Menyambut Ulangtahun ke 5 tahun 2011 yang lalu

Cinta Ku hanya untuk Mu